Thursday, August 1, 2019

Revolusi Perindustrian 4.0








   

OBJEKTIF PENULISAN 


  • Melalui Menulis blog tentang revolusi perindustrian 4.0, dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang berkaitan empat Peringkat Revolusi Perindustrian bermula 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0. Selain itu, kami dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai komponen penting dalam Revolusi industri 4.0. Para pelajar dapat mengenal pasti kebaikan dan keburukan revolusi industri 4.0 serta cabaran yang dihadapi untuk memajukan teknologi dimata dunia dalam era globalisasi ini. Hal ini kerana Islam tidak melarang atau  menolak sebarang bentuk teknologi dan apa jua bentuk kemodenan selagi tidak bercanggah dengan ajarannya. Malah, Al-Quran memberitakan bahawa manusia adalah khalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkan posisi alam untuk digunakan oleh manusia dengan usaha-usaha yang baik. 
         "Allah yang menjadikan semua yang ada di bumi untuk kamu (manusia)"
                                                                                              (Al-Baqarah 2:29)


PENGENALAN

  • Revolusi Perindustrian 4.0 dikenal sebagai Revolusi Industri Keempat melibatkan Internet of Things IOT sejak 2016 sehingga sekarang. Revolusi Perindustrian berkenaan langkah- langkah yang akan diambil negara, dalam menyediakan prasaranan serta fasiliti yang lebih mampan di masa depan.

  • Revolusi Perindustria 4.0 ini adalah satu visi matlamat jangka panjang melibatkan bukan saja pihak kerajaan, malahan melibatkan kerjasama semua kerajaan dan syarikat- syarikat di dunia dalam membangunkan satu acuan atau rujukan yang jelas sebagai panduan untuk menjalinkan aset-aset berbentuk fizikal yang digunakan dalam industri, digabungkan dengan bersifat digital.

  • Sistem pentadbiran revolusi industri pada masa akan datang diukur melalui empat tahap dan peringkat iaitu Tengok, Fahami, Persediaan dan Laksana Automasi.

  • Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Kehidupan Manusia menjadi lebih permudahkan dengan bantuan robot yang akan menguruskan hal-ehwal dan tugasan harian.

4 Peringkat Revolusi Perindustrian


Revolusi Perindustrian Pertama  ( Revolusi Perindustrian 1.0) - England

  • Bermula pada akhir abad ke-18 (sekitar tahun 1760 - 1840) di Britain. Revolusi perindustrian dari pengeluaran manual ke penggunaan enjin berkuasa wap serta air. Perubahan manual ke enjin berkuasa wap air dan air merupakan sebuah perubahan yang pesat dalam pengeluaran dalam industri. Ekoran daripada penggunaan enjin berkuasa wap serta air sebagai sumber kuasa, ia dapat membantu untuk meningkatkan hasil pertanian secara lebih efisyen. Selain itu, istilah 'kilang' telah melanjak naik pada revolusi perindustrian pertama.

  • Industri tekstil merupakan salah sebuah industri yang memperoleh manfaat yang banyak ekoran daripada perkembangan revolusi perindustrian pada ketika itu. Malah, industri tekstil ini juga merupakan ekonomi terbesar british.


Revolusi Perindustrian 2.0

  • Revolusi perindustrian 2.0 bermula pada tahun 1870 hingga 1914 iaitu abad ke-20 (sebelum Perang Dunia Pertama) walaupun terdapat ciri-ciri yang diperkenalkan pengeluaran dalam industri yang terbaharu seperti keluli, logam, kimia, elektrik dan petroleum. Telegraf dan landasan kereta api telah dikenalkan sebagai sistem yang sedia ada. 
  • Kilang elektrik memberikan sumbangan yang terbesar terhadap kadar pengeluaran di dalam industri. Hal ini demikian, kerana kereta api dapat diperkenalkan ke dalam sistem ekoran daripada pengeluaran keluli secara besar-besaran yang boleh membawa kepada perkembangan dalam pengeluaran dalam industri. Namun demikian, pendekatan revolusi untuk perkembangan industri telah berakhir apabila perang dunia pertama telah bermula.
  • Pada masa ini, tidak ada sebuah industri yang boleh dipanggil sebagai revolusi industri tetapi perkembangan dalam bidang perindustrian tetap berjalan.


Revolusi Perindustrian 3.0

  • Bermula pada 1950 dan 1970. Pada zaman revolusi perindustrian itu , ia lebih dikenali sebagai revolusi digital. Pada Revolusi Perindustrian 3.0, perubahan berlaku apabila sistem analog dan mekanikal beralih kepada sistem digital. Revolusi perindustrian 3.0 lebih umum kepada generasi pada masa kini kerana generasi kini lebih cendurung dengan teknologi digital. Namun yang demikian, Revolusi perindustrian ketiga merupakan kesinambungan hasil dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

Revolusi Perindustrian 4.0 

  • Bermula pada tahun 2016. Revolusi perindustrian 4.0 adalah merupakan kesinambungan daripada revolusi perindustrian 3.0. Revolusi Perindustrian 4.0 merangkumi sembilan komponen utama iaitu Robot Autonomi (Autonomous Robot), Simulasi (Digital Twin), Teknologi Awan ( Cloud Computing), Integrasi Sistem, Industri Peranti Teknologi Pintar (Internet of Things), Sekuriti Siber, Pembuatan Additif (Percetakan 3D), Realiti Maya (Augmented Reality),  Analisis Data Besar ( Big Data).



                                                                Perkembangan Revolusi

  FAKTOR TERCETUSNYA REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0


Perkembangan Teknologi Internet
  • Daripada faktor di atas teknologi internet semakin berkembang dari masa ke semasa. Dengan cara ini Negara Malaysia tidak akan ketinggalan zaman dan tidak akan dipandang remeh dengan sebelah mata. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh teknologi internet amat memberikan impak yang tinggi kepada negara untuk lebih berkembang.

Teknologi Pembuatan Robot
  • Dengan adanya pembuatan robot ia dapat memajukan industri agar dapat menandingi industri  yang maju. Hal ini dapat menjadikan negara lebih maju. Seterusnya, dapat melahirkan kemampuan untuk merancang dan mengatur robot bukan lagi ilmu yang perlu difahami oleh seseorang yang terlibat dalam bidang jurutera. 

                                                         
                                                     Gambar Teknologi Pembuatan Robot

Meneliti sumber maklumat
  • Dapat meneliti sumber maklumat dengan lebih jelas daripada sumber sahih yang boleh dipercayai. Setiap maklumat yang diperoleh mestilah diselidik dahulu sebelum mengamalkannya atau menyebarkannya kepada orang lain. Dengan cara ini, lebih ramai orang dapat mempercayai maklumat industri. Sekaligus, akan tercetusnya pendapatan yang tinggi.

 

KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0




Revolusi peindustrian telah membawa banyak perubahan terhadap sektor perindustrian. Namun hal yang demikian, perubahan tersebut membawa ke arah sama ada impak positif mahupun sebaliknya. 

Kesan Ekonomi

  •  Pada zaman revolusi industri 4.0, perkembangan teknologi negara akan lebih maju serta menarik orang luar untuk berkolaborasi bersama dengan syarikat yang ditawarkan di Malaysia. Dengan cara ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada pendapatan ekonomi negara kerana hasil keluaran industri lebih cepat disebabkan oleh perkhidmatan robot. Manakala pada kesan negatif akan menyebakan kekurangan pekerjaan terhadap manusian kerana apabila menggunakan robot perkejaaan akan lebih cepat disebabkan mereka tidak rasa kepenatan untuk menjalankan kerja.

Kesan Sosial kepada pekerja tempatan


                                                       Dr. Othman (Pensyarah UTMCC)

  • Menurut Dr. Othman (Pensyarah UTMCC), beliau berpendapat bahawa golongan menengah rendah akan menjadi antara golongan yang terjejas kerana golongan tersebut akan digantikan dengan robot serta sistem peralatan canggih seperti peralatan digital, komputer, peranti pintar dan sebagainya. Impak yang positif dengan kewujudan IPT khususnya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara secara amnya bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti bagi mengisi kekosongan tenaga kerja pada masa hadapan.

Perdagangan Antarabangsa Meningkat

  • Sudah terang lagi bersuluh, revolusi perindustrian 4.0 juga memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan. Sebagai analoginya, sesetengah hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk dengan membuat promosi melalui internet supaya dapat meluaskan pasaran.


Cabaran Yang Dihadapi Oleh Perindustrian 4.0



Penggunaan Teknologi yang Rendah
  • Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mencapai kemajuan dalam Revolusi Perindustrian 4.0 adalah negara kita masih tidak mampu untuk menonjol apabila bersaing dengan negara maju seperti China, Korea, Jepun dan negara-negara lain di mana negara maju tersebut ini merupakan negara yang kaya dengan bidang teknologi yang canggih disebabkan oleh penggunaan serta kemahiran dalam bidang teknologi yang rendah oleh rakyat Malaysia. Hal ini demikian rakyat Malaysia pada masa kini masih belum menguasai kemahiran ICT (perkomputeran) dengan baik, malah masih belum mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sains dan teknologi. Ini menyebabkan negara kita masih bergantung kepada teknologi daripada luar negara yang mempunyai teknologi yang maju serta moden kerana negara kita masih belum berusaha untuk membangunkan teknologi tersendiri.
  • Selain itu, negara ini juga mempunyai kekurangan bilangan tenaga kerja yang mahir untuk berkhidmat di dalam bidang perindustrian. Malaysia belum berusaha untuk melahirkan golongan tenaga kerja yang mahir sepertimana di negara lain yang telah mencapai kemajuan dalam pembangunan teknologi pada zaman era pemodenan ini. Ini menyebabkan negara kita masih bergantung kepada negara luar untuk menampung jumlah tenaga kerja mahir dari luar negara. Hal ini demikian kerana kerajaan Malaysia masih belum membuat persediaan yang cukup mengenai kemahiran tenaga kerja dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 yang mengakibatkan negara kita masih berada dalam kedudukan yang tercorot dalam bidang kemahiran tenaga kerja serta teknologi moden. 
  • Seterusnya, negara kita juga mempunyai masalah dari segi mengukuhkan kewangan negara. Nilai mata wang negara akan mengalami kejatuhan nilai mata wang, kenaikkan nilai mata wang ataupun nilai mata yang  kukuh. Terdapat beberapa pendapat netizen yang menganggap bahawa kerosotan nilai mata wang merupakan sebuah petanda buruk dalam pasaran saham negara, malah ada juga yang berpendapat bahawa nilai mata wang yang stabil adalah lebih baik. Sebaliknya, sesebuah industri tidak mampu untuk berdaya saing dengan negara luar yang jauh lebih maju seperti Jepun, secara tidak langsung akan mengakibatkan pekerja kilang atau industri kehilangan pekerjaan sekiranya nilai mata wang kukuh dalam sistem ekonomi sebenar. Selanjutnya, negara kita akan mempunyai masalah dalam usaha untuk menarik pelabur asing untuk melaksanakan pelaburan di Malaysia, hal ini kerana kita masih mempunyai modal yang kurang untuk membiayai para pelabur yang datang ke negara kita untuk membuat pelaburan.


Langkah-Langkah Revolusi Perindustrian 4.0


Sistem Pendidikan Tinggi

  • Pelajar di universiti hendaklah mempunyai pelbagai kemahiran sebelum menghadapi revolusi industri 4.0. Salah satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pelajar di universiti adalah kemahiran dalam bertulis dan berkomunikasi secara lisan. Dengan cara ini, Kemahiran ini hendaklah dipraktikkan selalu kerana kebiasaanya insiden konflik terjadi apabila komunikasi tidak dijaga, penggunaan bahasa yang kurang dititkberatkan yang akan menyebabkan produktiviti sesuatu pekerjaan akan terjejas.
  • Oleh itu, pelajar yang menuntut di universiti hendaklah menguasai kemahiran bertulis serta komunikasi secara lisan, agar mereka mampu untuk mengendalikan sebarang masalah yang berlaku. Pelajar yang menuntut di universiti juga digalakkan untuk mempunyai pemikiran yang kreatif. Seseorang itu mestilah berani dalam mengemukakan sebarang bentuk cadangan, pandangan mahupun ulasan dalam sesuatu urusan. Malah, seseorang itu juga mestilah berani untuk menghadapi sebarang risiko dengan berfikiran secara kreatif. Manusia yang mempunyai pemikiran yang sangat kreatif, akan lebih memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menghadapi revolusi perindustrian 4.0 pada masa kini. Oleh itu, sistem pendidikan tinggi telah menyarankan pelajar untuk menerapkan elemen KBAT dalam diri pelajar.

Program Out Reach

  • Program Out Reach ini telah dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada organisasi yang terlibat dalam bidang perindustrian. Terdapat banyak pengisian yang telah dijalankan sepanjang Program Out Reach. Pada 15 Disember 2016, kerajaan telah mengadakan persidangan pembangunan dan rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana.
  •  Seterusnya, kerajaan juga telah melaksanakan program seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi serta seminar peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada tarikh 12 Januari 2017 dan 21 Februari 2017 oleh pihak MIDA. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga menyediakan inisiatif untuk para graduan untuk melibatkan diri dalam bidang pemasaran hasil kerjasama bersama institusi pendidikan serta pihak industri serta menyediakan peluang kepada Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menggunakan proses pengeluaran pintar agar dapat membantu PKS untuk menjadi sebuah industri yang mampu ke arah daya saing yang sangat baik dalam era globalisasi ini.


Kilang Pintar (Smart Factory)


  • Kilang pintar terdiri daripada kompenen IOT (Internet of iaitu Industri Teknologi Peranti Pintar, Ia merupakan Things) salah satu teknologi kawalan automatik yang digunakan dalam sistem teknologi serta kawalan untuk kegunaan di dalam industri  sebagai analoginya, mesin, jentera, mesin operator dan sebagainya. Dengan adanya kilang Pintar (Smart Factory). Secara tidak langsung akan membawa perubahan yang positif dalam sektor perindustrian di negara ini. Hal ini demikian  kerana Kilang Pintar ini akan meningkatkan produktiviti dalam sektor perindustrian di negara ini kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.



Sumbangan Revolusi Perindustrian 4.0



Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development)
  • Revolusi perindustrian 4.0 telah banyak memberikan sumbangan dalam sektor penyelidikan dan pembangunan negara kita. Hal ini demikian kerana kepakaran para penyelidik serta penuntut universiti telah bergabung. Secara tidak langsung telah juga berjaya menghasilkan sesebuah inovasi di luar jangkaan. Perkara ini telah terbukti apabila para penyelidik telah menghasilkan Kenderaan Tanpa Pemandu Urban dan Autonomous Vehicle (AVI) yang berpotensi untuk memajukan kemajuan teknologi di negara ini.

Kejayaan dalam bidang ICT
  • perlaksanaan Revolusi perindustrian 4.0 telah menyebabkan Malaysia telah mencapai kejayaan dalam bidang ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 2017. Hal ini demikian, bilangan penggunaan internet yang semakin meningkat melalui telefon pintar, tablet, pc, komputer riba, secara tidak langsung juga akan menyebabkan perkhidmatan online sebagai analoginya, e-dagang berkembang dengan lebih maju kehadapan. Malah, para peniaga akan berasa tenang dan yakin untuk berniaga secara atas talian melalui perkhidmatan e-dagang ini.

Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

  • Terdapat banyak kejayaan yang telah dicapai oleh institusi-institusi yang berada di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Kejayaan yang telah dicapai oleh penuntut Institusi latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah membuktikan bahawa penuntut institusi tersebut mempunyai kemampuan untuk berdaya saing secara sihat di peringkat kebangsaan, berkemungkinan juga berupaya untuk mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Salah satu daripada kejayaan mereka adalah memperoleh 'Medalion for Excellence (MFE) Award dalam pertandingan 'ASEAN Skills Competition (ASC) di Thailand.


KESIMPULAN

  • Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa berdasarkan maklumat dalam blog ini kami telah memperoleh banyak kefahaman tentang Revolusi Perindustrian 1.0, 2.0, 3.0 dan akhir sekali lebih teliti memahami revolusi perindustrian 4.0. Sehubungan dengan itu, Revolusi Perindustrian 4.0 memberi banyak pengetahuan kepada kami. Seperti yang boleh kita lihat, kita dapat mengetahui faktor tercetusnya revolusi perindustrian 4.0,  kami juga dapat mengetahui kesan, cabaran dan langkah-langkah untuk mengembangkan industri dalam negara semakin maju serta dapat mengetahui sumbangan terhadap revolusi perindustrian 4.0. Justeru, semua pihak mestilah berganding bahu mengekalkan revolusi perindustrian 4.0 supaya negara kita sama maju dengan negara lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.



CADANGAN

  • Pihak industri perlu menyamaratakan pekerjaan antara  manusia dan robot.
  • Perlu melahirkan robot yang tinggi teknologinya.
  • Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya jika pihak industri lebih mengutamakan perkhidmatan robot berbanding menggunakan perkhidmatan manusia.

CONTOH VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0





SUMBER RUJUKAN


1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Revolusi_Perindustrian ( Faktor & Cabaran)

2.http://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/industri-40-ir-40-revolusi.html (Sejarah Revolusi Perindustrian & Langkah-Langkah)

3.http://fstm.kuis.edu.my/blog/peringkat-revolusi-perindustrian-4ir/  (Sejarah Revolusi Perindustrian)

4.https://news.utm.my/ms/2018/01/revolusi-industri-4-0-beri-pelbagai-kesan-pada-kehidupan/  (Kesan Revolusi Perindustrian dan cadangan)

5.https://seribuombak.wordpress.com/2018/08/21/sejauh-mana-industri-4-0-akan-mempengaruhi-aspek-ekonomi-dan-sosial-negara/ (Kesan Revolusi Perindustrian)

6. https://www.malaysiakini.com/news/458549 ( cabaran)

7. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/124158 (cabaran)

8. https://www.utusan.com.my/rencana/utama/kesan-isu-mata-wang-1.185220 (cabaran)

9.https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/01/370721/5-komponen-tangani-cabaran-industri-40 (cabaran)

10. https://id.quora.com/Apa-penyebab-terjadinya-revolusi-industri-4-0 (faktor)

11. https://news.uitm.edu.my/industri-4-0-tak-dikawal-jadikan-manusia-robot/ (faktor)

12.https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/teguh-tuju-revolusi-industri-4-0-1.650308  (sumbangan)

13.https://www.utusanborneo.com.my/2017/12/19/ict-capai-kejayaan-besar-pada-2017-lonjakan-ekonomi-digital-tingkatkan-profil-malaysia (sumbangan)

14. https://twitter.com/kbsmalaysia/status/1068171733935382529?/lang=en (sumbangan)

DISEDIAKAN OLEH :


SITI AISYAH BINTI FAIZUL SHAH RAIMI (30DIB17F2014)
AN NUR BINTI NAGOOR GHANI KHAN     (30DIB17F2015)
NESHALENEE A/P JAIKUMAR                     (30DIB17F2020)
NURUL SYAHIRA BINTI JAMALUDIN        (30DIB17F2021)
                                                                               






7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bet on packers to win super bowl - LAC BET 우리카지노 우리카지노 fun88 soikeotot fun88 soikeotot 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 4609Free download slots games for fun

    ReplyDelete
  3. saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.

    ReplyDelete

Revolusi Perindustrian 4.0

    OBJEKTIF PENULISAN  Melalui Menulis blog tentang revolusi perindustrian 4.0, dapat menambahkan ilmu pe...